RENTETAN
SEJARAH PENDIDIKAN DI NEGARA MALAYSIA
1.0 PENDAHULUAN
Sejarah
pendidikan dan perkembangan sistem pendidikan Negara Malaysia terbahagi kepada
empat peringkat iaitu:

RAJAH 1
2.0 SISTEM
PENDIDIKAN SEBELUM ZAMAN KOLONOLISME BRITISH(1400-1786)

RAJAH
2
2.1 Sistem
Pendidikan pada ketika ini adalah bersifat tidak formal dan lebih ditumpukan
kepada Pengajaran kitab suci Al-Quran.,Pengetahuan rohani dan Seni
mempertahankan diri.
2.1.1
Masjid/Surau
v Sistem
pendidikan yang tertumpu kepada ajaran agama Islam telah pun diamalkan di surau-surau dan masjid yang
dibina di kampong-kampung.
v Imam
merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik masyarakat bagi mempelajari
tulisan jawi atau tulisan Arab, menghafal doa dan membaca Al-Quran.
v Kaedah
pengajaran dan pembelajaran inoi kurang berkesan kerana murid-murid hanya
diajar cara menghafal tanpa mengetahui ilmu pengetahuan yang diajar.
2.1.2 Sistem
Sekolah Pondok






2.1.3 Sistem Madrasah atau Sekolah Agama Moden
Ø Pada
awal abad ke- 20, satu institusi pendidikan yang lebih sistematik telah
dikenalkan di Tanah Melayu
Ø Sistem
pendidikan yang merangkumi ilmu keduniaan dan akhirat yang dipelopori oleh
golongan muda.
Ø Menyampaikan
pelajaran yang menekankan ajaran reformis dari Asia Barat.
Ø Lulusan
Madrasah bertaraf tinggi (Al- Masyhur Pulau Pinang)boleh melanjutkan pelajaran
ke Universiti Al-Azhar, Mesir atau di Masjidil Haram ,Mekah.
3. 0 SEMASA ZAMAN KOLONIALISME BRITISH(1786-1956).
Sekolah Vernakular
v Di
zaman penjajahan British terdapat empat aliran persekolahan di Tanah Melayu iaitu:

RAJAH 3
3.1 SEKOLAH
VERNAKULAR MELAYU










3.2 SEKOLAH
VERNAKULAR CINA
v Sekolah
Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di
negeri Melaka pada tahun 1815,dan kemudian di Pulau Pinang iaitu Institut Wu Fu
pada tahun 1819.
v Sistem
Pendidikan Cina terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat rendah (enam
tahun),peringkat menengah(tiga tahun) dan perringkat atas(tiga tahun).
v Pada
tahun 1870 masyarakat cina mendirikan sekolah pertama di Bau Sarawak.
v Tahun
1904 Sekolah Chung Hwa Confucius yang pertama kali menggunakan kurikulum baru
negeri China ditubuhkan di Pulau Pinang.
v Kemudian,
1908 Sekolah Vernakular Cina Perempuan, bernama Kuan Cheng ditubuhkan di Kuala
Lumpur
v Pada
tahun 1920-an,sebanyak 313 buah Sekolah Vernakular Cina telah ditubuhkan di
Negeri-Negeri Selat dan 181 buah di Negeri Melayu
Bersekutu.Antaranya 1923
Sekolah Cina Chung Ling bagi menengah
rendah dan 1931 menengah tinggi di Pulau Pinang.
v Sekolah
Vernakular Cina mendapat bantuan kewangan daripada Kerajaan Manchu China.
v Mata
pelajaran yang diajar termasuklah Kesusasteraan Cina Klasik, Bahasa Cina,
Sejarah China, Ilmu Hisab,Lukisan dan Latihan Ketenteraan.
v Buku-buku
teks yang digunakan juga dibawa masuk dari Negara China.
v Sekolah-sekolah
cina menggunakan pelbagai dialek sebagai bahasa pengantar tetapi selepas
reformasi semua sekolah cina menggunakan bahasa “Kuo-Yu”.
v Semangat
rovolusi dan kesedaran politik yang mempengaruhi masyarakat cina telah
menyebabkan kebimbangan pihak British
kerana mereka takut masyarakat cina menyebarkan ideologi komunis.
v Keadaan
ini menyebabkan Kerajaan British mengambil langkah supaya sekolah cina perlulah
didaftarkan sehinggalah pada tahun 1924-1928 sebanyak 315 buah sekolah cina
telah dibatalkan pendaftarannya.
v Kawalan
dan peraturan yang dibuat tidak mendatangkan perubahan yang berkesan.Selepas
Perang Dunia Kedua,sekolah cina menikmati kebebasan dan kuasa autonomi sendiri.
v Sehinggalah
menjelang kemerdekaan Tanah Melayu bilangan murid-murid sekolah cina meningkat
sebanyak dua kali ganda.
3.3 SEKOLAH
VERNAKULAR TAMIL
Ø Pada
awal abad ke-20 Sekolah Vernakular Tamil mula berkembang di Tanah Melayu
disebabkan oleh kemasukan ramai buruh India yang datang untuk bekerja di
ladang-ladang getah, kelapa, kopi dan tebu.
Ø Pada
tahun 1850, Sekolah Anglo Tamil telah
ditubuhkan di Melaka dengan mengajar Bahasa Tamil dan Inggeris.
Ø Walau
bagaimanapun sekolah ini telah ditutup
akibat kekurangan murid.
Ø Sehinggalah
pada tahun 1870, beberapa buah sekolah Tamil telah dibuka di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu dan di Seberang Prai.
Ø Perubahan
dasar British terhadap pendidikan Vernakular Tamil telah menyebabkan sekolah
Tamil telah mula dibina di bandar-bandar.
Ø Pada
tahun 1906, Thambusamy Pillay School dan tahun 1910 ,Vivekananda School telah
didirikan di Kuala Lumpur.
Ø Kerajaan
British telah memperkenalkan Ordinan Buruh untuk menarik lebih ramai buruh
India datang bekerja di Tanah Melayu
Ø Pada
tahun 1925, terdapat 235 dan tahun 1930 meningkat kepada 333 buah sekolah Tamil
telah ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu
Ø Mata
pelajaran yang diajar ialah ilmu hisab, ilmu alam, kerja tangan, pengetahuan am
dan latihan jasmani.
Ø Pendidikan
sekolah Tamil hanya setakat sekolah rendah sahaja.Memandangkan buruh-buruh
estet tidak mampu menghantar anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran maka
kebanyakkan tiada pilihan dan terpaksa bekerja diestet-estet tempat mereka
tinggal.
3.4 SEKOLAH
VERNAKULAR INGGERIS
·
Pada tahun 1816 ,Sekolah aliran Inggeris
yang pertama di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang diasaskan oleh
Paderi Gereja Rev. R.S. Hutching.
·
Selepas itu, sekolah –sekolah Inggeris
telah ditubuhkan oleh mubaligh-mubaligh swasta iaitu Sekolah St. Xavier dan
Convent yang didirikan di Pulau Pinang.
·
Tahun 1848 ,Persatuan Mubaligh Anglican
Chaplains menubuhkan sekolah Inggeris yang pertama di Kuching , Sarawak.
·
Penubuhan sekolah Inggeris berterusan
iaitu pada tahun 1897, Methodist Boys School, Convent dan St. John Institution
telah ditubuhkan di Kuala Lumpur.
·
Seterusnya pada tahun 1874, Victoria
Institution ditubuhkan.
·
Tahun 1905, King Edward VII College of
Medicine di buka di Singapura.
·
1919, Institut Raffles mula menawarkan
kursus melatih guru untuk sekolah menengah atas.
·
Pada tahun 1920, akibat perubahan dasar
Inggeris, semua sekolah aliran Inggeris dibiayai menerusi pungutan yuran dan
derma daripada badan-badan persendirian dan orang ramai.
·
Dalam dekad pertama Abad ke-20,penjajah
Inggeris telah mewujudkan 20 buah sekolah aliran Inggeris di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
·
Pada tahun 1930-an,peluang anak-anak
Melayu barulah terbuka untuk memasuki sekolah Inggeris dengan adanya kaedah
“Special Malay Class” .
·
Menerusi sistem ini murid-murid Melayu
darjah empat hendaklah menduduki satu peperiksaan khas sebelum diterima masuk
ke Special Malay Class..
·
Kurikulum sekolah ini dirangka
berasaskan Senior Cambridge School Certificate Examination yang disusun di
England.

4.0 SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (1946-1956)

Rajah 4
4.1 RANCANGAN
CHEESEMAN



4.2 PENYATA
BARNES(1950)
v Mengikut
saranan Barnes, persekolahan rendah ialah alat bagi perpaduan dan penyatuan
masyarakat
v Pada
bulan Ogos 1950,sebuah jawatankuasa di bawah L.J.Barnes telah ditubuhkan untuk
mengkaji semula sistem pendidikan Tanah Melayu.
v Universiti
Malaya ditubuhkan di Singapura.
v Membentuk
satu pendidikan yang bercorak kebangsaan.
v Sekolah
kebangsaan dibuka kepada semua kaum.
v Menggunakan
dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris.
v Walau
bagaimanapun Penyata Barnes telah ditolak oleh semua kaum.
4.3 PENYATA FERN WU(1951)
Ø Kerajaan
telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji kedudukan sekolah cina pada
tahun 1951.
Ø Jawatankuasa
ini telah dikuasai oleh Dr. W.P.Fenn dan Dr. Wu The. Yao.
Ø Tugas
utama jawatankuasa ini ialah kemungkinan sekolah Cina menggunakan Bahasa
Inggeris dan Bahasa Melayu.
Ø Syor-syor
yang dikemukan ialah:
a.Sekolah Cina dikekalkan tetapi kurikulumnya
berdasarkan latar belakang tempatan.
b.Sekolah Cina menyokong konsep penggunaan 3 bahasa
sebagai bahasa pengantar supaya perpaduan di antara kaum tidak terjejas.

4.4 ORDINAN
PELAJARAN(1952)


a. Penubuhan
dua jenis sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar.
b. Pelajaran
selama enam tahun dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di sekolah rendah
c. Sekolah
kebangsaan yang dicadangkan oleh Barnes dilaksanakan.
d. Sekolah
Cina dan Tamil tidak termasuk konsep system sekolah kebangsaan.

4.5 PENYATA RAZAK91956)
v Jawatankuasa
Razak telah ditubuhkan untuk mengkaji Ordinan Pelajaran 1952.
v Jawatankuasa
ini dipengerusikan oleh Dato’Abdul Razak Bin Hussein.
v Antara
kandungannya:
a. Sekolah
Rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang menggunakan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
b. Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan(SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris,Cina dan Tamil
sebagai bahasa pengantar
c. Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran wajib.
d. Sekolah
Menengah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu sekolah menengah rendah 3 tahun,sekolah
menengah atas 2 tahun dan pra-U 2 tahun.
e. Terbuka
kepada semua kaum dengan menggunakan sukatan yang sama.
v Laporan
telah ditentang oleh orang Melayu kerana tiada ketegasan dalam pelaksanaan
bahasa kebangsaan.
5.0 PENDIDIKAN
SELEPAS KEMERDEKAAN (1957-1996)

RAJAH 5
5.1 LAPORAN
RAHMAN TALIB(1960)
Ø Pada
tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi mengkaji semula
perlaksanaan Laporan Razak
Ø 1960
Laporan McLean mencadangkan sekolah menengah Cina di Sarawak menukar bahasa
pengantarnya kepada Bahasa Inggeris.Pada tahun ini juga Laporan Rahman Talib
diluluskan di Parlimen.
Ø Jawatankuasa
ini diketuai oleh Abdul Rahman Bin Haji Talib.
Ø Antara
syor yang telah dikemukan ialah:
a. Bahasa
Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah,menengah dan
institusi pengajian tinggi.
b. Peperiksaan
awam diadakan dalam Bahasa Melayu.
c. Kelas
peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C)dan(T) yang ingin bertukar ke
sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris.
d. Kenaikan
darjah secara automatik.
e. Murid
beragama Islam belajar Pendidikan Islam manakala murid bukan beragama Islam
belajar Pendidikan Moral.
5.2 AKTA PELAJARAN (1961)








5.3 LAPORAN HUSSEIN ONN (1971)
v Diketuai
oleh Hussein Onn sebagai menteri pelajaran.
v Walaupun
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, namun sebagai bahasa antarabangsa tetap
diiktiraf dijadikan sebagai bahasa kedua.
v Dicadangkan
masa mengajar Bahasa Inngeris ditambah dan guru-guru latihan untuk memperoleh
hasil (pencapaian baik)
5.4 LAPORAN JAWATAKUASA KABINET(LAPORAN
MAHATHIR(1979)







5.5 KBSR DAN KBSM




6.0 PENDIDIKAN
ALAF BARU
6.1 RANCANGAN
MALAYSIA KE 9

RAJAH
6
6.1.1 PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)
v Pada
tahun 2007, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi , telah
melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.
v Tujuannya
ialah untuk melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah, melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkemampuan, dan
dapat mengangkat imej system pendidikan negara di mata dunia(http//www.mohe.gov.my
19/2/2010
v Melalui
PIPP terdapat enam teras iaitu:
v Membina
Negara Bangsa
v Membangun
Modal Insan
v Memperkasakan
Sekolah Kebangsaan
v Merapatkan
Jurang Pendidikan
v Memartabatkan
Profesion Perguruan
v Melonjakkan
Kecemerlangan Institusi Pendidikan..
v Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) tidak hanya memberi fokus kepada satu
sekolah dan kaum tetapi semua jenis
aliranm sekolah.
v PIPP
termasuk dalam rancangan Malaysia ke-
Sembilan
v Rancangan
Malaysia ke –sembilan telah menetapkan
pembangunan modal insan berminda kelas pertama sebagai salah satu daripada lima
teras utama ke a rah mencapai Wawasan 2020.
6.1.2 SEKOLAH WAWASAN
v Sekolah
Wawasan merupakan antara percubaan yang dilakukan oleh kerajaan bagi membawa
perubahan dalam sistem pendidikan
negara.



6.1.3 SEKOLAH BESTARI
v Sekolah
Bestari merupaka sekolah yang ditubuhkan
dengan teknologi canggih, dengan pengubahsuaian kurikulum agar selari dengan
perkembangan pesat dalam era sains dan teknologi.
v Objektif
sekolah Bestari ialah melatih pelajar-pelajar supaya cerdas dan pandai
menggunakan teknologi terkini.
v Melahirkan
generasi yang mampu menghadapi cabaran Wawasan 2020.
6.1.4 SEKOLAH KLUSTER


6.2 RANCANGAN MALAYSIA KE 10.
v Merombak
sistem pendidikan untuk meningkatkan Prestasi Murid dengan Sagnifikan
·
Memastikan setiap
kanak-kanak boleh berjaya.
·
Menjadikan sekolah
bertanggungjawab terhadap prestasi murid.
·
Membuat pelaburan bagi
membangun kepimpinan unggul di setiap sekolah.
·
Meningkatkan daya
tarikan profesion dan menghasilkan guru terbaik.
·
Tranformasi
keberkesanan penyampaian.
v Meningkatkan
kemahiran rakyat Malaysia untuk meluaskan kebolehpasaran.
·
Mengarusperdanakan dan
memperluaskan akses kepada pendidikan teknikal dan latihan vokasional yang
berkualiti.
·
Strategi
mengarusperdankan dan memperluas akses kepada TEVT yang berkualiti
·
Meningkatkan kompetensi
siswazah bagi menyediakan mereka memasuki pasaran pekerjaan.

RAJAH 7
v Menyusun
semula pasaran pekerjaan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.
6.3 HALA TUJU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA.(NKRA)

·
Peningkatan kadar
penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada tahun 2012
·
Peningkatan kualiti
prasekolah.

·
KSSR digubal berasaskan
standard kandungan dan standard pembelajaran.
·
KSSR berlandaskan
perkembangan insane seimbang merangkumi enam tunjang
·
Peruntukkan masa mata
pelajaran Tahap 1 dan 2
·
Pendekatan pengajaran
dan pembelajaran
·
Kaedah Pentaksiran

·
Kriteria NKRA
Semua
murid normal akan dapat mengusai kemahiran asas literasi dan numerasi mengikut
jadual pelaksanaan.
·
Strategi pelaksanaan
LINUS
Ujian
diagnostic untuk Tahun 1.
Menjalan
pentaksiran formatif setiap 4 bulan.

·
Taksir SBT
Sekolah
yang mempunyai cirri-ciri etos, watak, dan identity tersendiri dan unik, serta
menyerlah dalam semua aspek pendidikan.
·
Target NKRA
Peningkatan
SBT daripada 20 buah SBT dalam 2010 kepada 50 buah SBT dalam 2011 dan
seterusnya 100 buah SBT menjelang 2012.
·
Jenis Insentif untuk
SBT
SBT
akan mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM700 ,000 setahun.
Tawaran
baru skim Bai’ah.
Memberi
sijil Penghargaan.
Peluang
kenaikan pangkat cepat.
Peluang
menghadiri program pendidikan dengan institusi pendidikan di dalam atau luar
negara.
·
Sekolah yang tidak
mencapai standard SBT akan diberi latihan seperti mengikuti Program Peningkatan
Prestasi.
7.0
PENUTUP / KESIMPULAN
Kejayaan
negara untuk menjadi cemerlang,gemilang,dan terbilang bergantung kepada
penguasaan ilmu pengetahuan dan keupayaan generasi muda.Kerajaan telah berusaha
untuk menyediakan peluang yang lebih luas bagi mencermerlangkan sistem
pendidikan.Antaranya:
v Pembiayaan
untuk sektor pendidikan terus menjadi komponen utama.
v Kini
terdapat 7515 sekolah rendah, 1902 sekolah menengah, 18 buah universiti dan
kolej serta 16 buah politeknik.
v Bantuan
kewangan diberikan kepada pelajar miskin bagi setiap peringkat pendidikan.
v Terdapat
peningkatan yang besar bagi pelajar tingkatan 5 menamatkan pengajian.
v Kadar
pendaftaran bagi prasekolah dan university telah bertambah dua kali ganda sejak
tahun 1990.
Bagi mewujudkan
masyarakat yang berpengetahuan, kerajaan berazam untuk memperbaiki kualiti pendidikan
dan bertekad untuk melaksanakannya